
Manusia seringkali mengagungkan pelukis "masterpiece". Ditatap lama di dinding galeri sambil memuji-muji daya kreatif seniman tersebut. Mereka amat gembira berjumpa dan bersalam dengannya.
Tetapi aku jatuh cinta dengan "masterpiece" yang tiada tandingan. Laut kebiruan yang di dalamnya pelbagai khazanah, tumbuhan hijau yang mengeluarkan buah-buahan enak, bulan yang menawan menerangi malam, bintang-bintang berkelipan di angkasa, burung-burung menyanyi dengan riang dan "masterpiece" lain yang tidak terkira banyaknya, ditatap tanpa jemu.
Aku memuji-muji Artis Agung ini, SubhanAllah! Aku amat berhajat bertemu dengan-Nya (dalam keadaan Dia redha dengan aku, insya Allah).
"Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"
[al-Qasas 28:72]

0 Setuju atau tidak??:
Catat Ulasan