Doa Masuk Tandas

/ /

ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻋَﻤْﺮُﻭ ﺑْﻦُ ﻣَﺮْﺯُﻭﻕٍ ﺃَﺧْﺒَﺮَﻧَﺎ ﺷُﻌْﺒَﺔُ ﻋَﻦْ ﻗَﺘَﺎﺩَﺓَ ﻋَﻦْ ﺍﻟﻨَّﻀِﺮِ ﺑْﻦِ ﺃَﻧَﺲٍ ﻋَﻦْ ﺯَﻳْﺪِ ﺑْﻦِ ﺃَﺭْﻗَﻢَ ﻋَﻦْ ﺭَﺳُﻮﻝِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗَﺎﻝَ ﺇِﻥَّ ﻫَﺬِﻩِ ﺍﻟْﺤُﺸُﻮﺵَ ﻣُﺤْﺘَﻀَﺮَﺓٌ ﻓَﺈِﺫَﺍ ﺃَﺗَﻰ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﺍﻟْﺨَﻠَﺎﺀَ ﻓَﻠْﻴَﻘُﻞْ ﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﺍﻟْﺨُﺒُﺚِ ﻭَﺍﻟْﺨَﺒَﺎﺋِﺚِ

Telah menceritakan kepada kami Amru bin Marzuq telah mengabarkan kepada kami Syu'bah dari Qatadah dari an Nadhr bin Anas dari Zaid bin Arqam dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda:
"Sesungguhnya tempat buang hajat itu dihadiri oleh syaitan-syaitan, maka apabila salah seorang dari kalian memasuki tandas, hendaklah dia mengucapkan; 'Aku berlindung kepada Allah dari syaitan jantan dan syaitan betina'."

[HR Abu Daud]


Sakit Hati?

/ /

Bagaimana kita nak tahu yang hati kita berpenyakit?

Sakit ini bukanlah kerana masalah fizikal, jangkitan, dengki atau putus cinta. Tetapi sakit ini adalah apabila nama Allah disebut, tidak merasa gerun dan tidak merasa gembira. Itulah simptom penyakit dalaman hati.

Ia seperti kanser, jika tidak dirawat, ia akan merebak dan menjadi lebih parah. Begitu juga rawatannya, ia perlu dirawat melalui terapi berperingkat dan mengambil masa untuk pulih.

Tetapi bezanya, ubat sakit hati ini sentiasa ada. Cuma kita perlu mencarinya dengan betul dan teliti. Ubatan ini hanya boleh didapati di hospital 'Qur'an & Sunnah' dan doktornya digelar nama 'ulama'.

Telah bersabda Nabi s.a.w., "Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI."
[HR. Bukhari dan Muslim]

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."
[Yunus 10:57]

Hujan Peluru Di Rumah Saudara Kita, Ada Kau Kisah??

/ /
Kita merungut apabila hujan lebat menimpa kita. Kerana hujan, kita tidak dapat menjemur pakaian; kerana hujan, jalan raya menjadi sesak; kerana hujan, kita tidak dapat bejalan ke sana-sini.

Tetapi saudara-saudari kita di Palestine dan Syria 'dihujani' peluru setiap hari. 'Hujan' yang menembusi tubuh mereka tanpa mengira usia. Masih adakah ruang untuk mereka dalam doa kita? 

Ya Allah, berikanlah nikmat keamanan kepada mereka, teguhkan iman mereka, dan sediakan mahligai indah buat mereka di syurga-Mu. Amiin~



Berkata BENAR atau DIAM?

/ /

Telah dibuktikan dalam sejarah bahawa kata-kata atau tulisan adalah punca sesuatu pergaduhan dan perbalahan yang boleh membawa kebinasaan bukan sahaja pada diri sendiri dan musuh (yang dicari), malah orang lain yang tiada kaitan turut diheret jatuh bersama.

Oleh kerana itu, Islam telah menggariskan panduan untuk para muslimin dalam berkomunikasi semasa manusia. Kita dinasihatkan tidak menyebarkan berita yang tiada kesahihannya. Malah, jika berita itu tidak membawa sebarang kebaikkan atau keburukkan melebihi kebaikkan, kita disarankan untuk senyap atau merahsiakannya.

MELAINKAN, perkara yang melibatkan kepentingan orang awam seperti kezaliman dan ketirisan pemimpin. Islam adalah agama benar, dan Islam meraikan kebenaran. Berkata benar adalah sifat Nabi s.a.w., yang wajib diterapkan dalam diri umat Islam pada akhir zaman ini!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
[Al-Hujurat 49:6]

Abu Hurairah r.a berkata, Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam."
[al-Bukhari dan Muslim]


Pintu Taubat

/ /


Apabila menjumpai 'pintu' taubat, bukalah ia kerana 'pintu' ini tidak berkunci. Setelah dibuka 'pintu' itu, masuklah ke dalam rumah yang nyaman dan di dalamnya banyak makanan lazat dan berkhasiat.

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[Az-Zumar 39:53]

Janganlah kita katakan "mengapalah aku tidak jumpa 'pintu' ini sejak dulu lagi". Tetapi, tetaplah bersyukur kerana kita menjumpai 'pintu' taubat ini sebelum ianya dikunci, iaitu apabila kisah hidup kita tamat. Kerana, segala perkara yang buruk kita lalui, telah membentuk kita pada hari ini, dan ia menjadi pengajaran supaya kita tidak tersalah langkah melakukan kesilapan yang sama.

Biarlah perubahan positif itu kecil, tetapi ia berterusan. Bahwasanya, segala ibadah yang kita lakukan, jika tidak disertakan dengan keikhlasan dan kesungguhan supaya diterima Allah, hanyalah sia-sia.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
[Al-Anbiya' 21:35]

Ku ingin melihat Wajah-Mu. Oh Rabbi~

/ /
Salahkah aku mentaati-Mu kerana aku takut akan neraka-MU, dan aku dambakan syurga-Mu. Dan tujuan hidupku yang PASTI, aku berharap bertemu Mu di akhirat nanti, insha Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Jika penduduk syurga memasuki syurga, Allah Ta'ala pun mengatakan pada mereka, “Apakah kalian ingin sesuatu sebagai tambahan untuk kalian?”. “Bukankah Engkau telah membuat wajah kami menjadi berseri, telah memasukkan kami ke dalam syurga dan membebaskan kami dari siksa neraka?”, tanya penduduk surga tadi. Nabi s.a.w. bersabda, “Allah pun membuka hijab (tirai). Maka mereka tidak pernah diberi nikmat yang begitu mereka suka dibanding dengan nikmat melihat wajah Rabb mereka 'azza wa jalla.”
[HR. Muslim no. 181]

Perlukah bersyukur?

/ /


Segala yang diciptakan oleh Allah di langit, di bumi, dan di antara keduanya mempunyai hikmah yang kebanyakkan kita tidak mengetahuinya atau 'tidak ingin' mengetahuinya. Hal ini kerana, Allah adalah Pencipta yang Maha Bijaksana, dan Perancang yang Paling Teliti. Oleh itu, segala nikmat yang kita temui di bumi pinjaman Allah ini, kita perlu bersyukur dan buktikan kesyukuran dengan menzahirkannya, iaitu dengan melakukan apa yang Allah suruh, dan menjauhi larangan-Nya.

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ۚ ذَٰلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ

"Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka."
[Sad 38:27]

Ia tidak berhenti setakat ini sahaja, kesyukuran perlulah dikongsi dengan manusia yang lain. Dengan cara, menyampaikan risalah tauhid yang benar kepada mereka, dan saling ingat-mengingati perkara-perkara yang haq supaya kita tidaklah tergolong dalam golongan yang rugi di dunia dan akhirat.

وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْر. إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Al-'Asr 130:1-3]

Stupidity...

/ /

"Manusia bodoh yang paling bodoh adalah mereka yang tertendang batu yang sama di tempat yang sama."

Sebelum Tidur.. Berzikirlah~

/ /

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ali dan Fathimah r.a.:

إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا فَسَبِّحَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِيْنَ وَاحْمَدَا ثَلاَثًا وَثلاَثِيْنَ وَكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلاَثِيْنَ

"Apabila kamu berdua berada ditempat tidur maka bertasbihlah 33 kali, bertahmidlah 33 kali dan bertakbirlah 34 kali."

[HR. Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, ad-Darimi]

سبحان الله x33
الحمد لله x33
الله أكبر x34

/ /

“Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram.”

- Hasan al-Banna


/ /

Said Ibn al-Qayyim: "To fall in love is a disease and it's cure is to marry with the person one is in love with (to stay in love)."


Solat=Baik?

/ /
Bagaimana hendak menjadi baik?
Jawapannya satu, perelokkan solat. Solat yang sempurna, ikhlas, dan hati sentiasa mengharap supaya Allah menerima solat kita, akan menjadikan diri kita baik dan soleh.
Solat adalah seperti pagar yang menghalang kita keluar ke tempat bahaya dan menghalang bahaya masuk ke dalam kawasan kita.

Labels

bm (11) christianity (3) doa (3) dr juanda (1) dua (9) eng (4) fun (3) hadith (42) help (3) iklan (1) islam (3) kaspersky (1) kid (1) lirik (1) maher zain (1) nashid (5) nasihat (45) palestine. perang (1) pic (29) QnA (2) quote (24) quran (34) ramadhan (6) raya (3) resepi (1) sami yusuf (1) solat (2) story (1) Suhaib Webb (1) tip (1) tudung (1) tulisan (19) video (22) wanita (1) website (1) women (2) youtube (1) yusuf estes (1) zikir (1)
 
Copyright © 2010 .::One-Ummah::., All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger