Jangan takut membaca al-Qur’an

/ /

Ramai yang meninggalkan bacaan al-Qur’an kerana faktor bacaan yang tidak lancar. Mereka sangka bacaan tidak lancar menambahkan dosa kerana ianya seperti mempermainkan kalimah Allah. Sekali gus minat mendekati al-Qur’an semakin pudar. Walhal, jika mereka berusaha membacanya, mereka akan mendapat pahala berganda.

Daripada Aisyah -ra- katanya, Rasulullah -saw- pernah bersabda,
“Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan tersekat-sekat ketika membaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala.”
[HR Muslim]

Ini bukan bermaksud mereka tidak perlu berusaha memperbaiki bacaan al-Qur’an. Tetapi perbaikilah ia dengan berperingkat sehingga bacaan lancar dan fasih.

”..Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid).”
[al-Furqan:32]

Anda masih belum terlambat lagi. =)

0 Setuju atau tidak??:

Catat Ulasan

Labels

bm (11) christianity (3) doa (3) dr juanda (1) dua (9) eng (4) fun (3) hadith (42) help (3) iklan (1) islam (3) kaspersky (1) kid (1) lirik (1) maher zain (1) nashid (5) nasihat (45) palestine. perang (1) pic (29) QnA (2) quote (24) quran (34) ramadhan (6) raya (3) resepi (1) sami yusuf (1) solat (2) story (1) Suhaib Webb (1) tip (1) tudung (1) tulisan (19) video (22) wanita (1) website (1) women (2) youtube (1) yusuf estes (1) zikir (1)
 
Copyright © 2010 .::One-Ummah::., All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger